24 September 2010

Majlis Perasmian Perpustakaan Desa Kg. Lubok Redan

Majlis perasmian PD Kg. Lubok Redan merupakan satu program yang dianjurkan oleh PD Kg. Lubok Redan dengan kerjasama JKKK Kg. Lubok Redan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Perpustam) dalam usaha untuk memperkenalkan perpustakaan desa kepada masyarakat setempat. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 21 Mac 2010 yang lalu.

YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop menandatangani plak perasmian

Penduduk setempat dan kampung-kampung sekitar dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Jemputan yang lain terdiri daripada YB Datuk Kapt (b) Hj. Abdul Karim bin Sulaiman (ADUN Tg. Bidara), En. Muhammed Aizammuddy bin Muhammed Idris (Pengarah PERPUSTAM), En. Azmi bin Aziz (Pen. Pengarah, BRP, PNM) , Dr. Ismail bin Jantan (Pengerusi JKKK Kg. Lubok Redan.

Barisan tetamu kehormat

YB Datuk Wira menyampaikan ucapan perasmian

Hadirin yang memeriahkan majlis

YB Datuk Wira Abu Seman juga dijemput melawat ke dalam Perpustakaan Desa Kg. Lubok Redan supaya beliau dapat melihat sendiri koleksi bahan serta perkhidmatan yang disediakan.

YB menandatangani buku pelawat PD Kg. Lubok Redan

Sesi Lawatan di dalam perpustakaan

PAMERAN PERPUSTAKAAN

Sebagai pengisian kepada Majlis Perasmian, pihak perpustakaan juga telah mengadakan pameran keilmuan yang berasaskan Sains. Beberapa aktiviti keilmuan juga diadakan seperti Word Search Puzzle, Mencari Perkataan, Bina Kata dan Kuiz Sains. Keahlian baru juga dibuka kepada pengunjung yang berminat menjadi ahli perpstakaan desa.

Kanak-kanak menyertai aktiviti keilmuan

PAMERAN KESIHATAN
Pameran kesihatan juga telah diadakan. pameran yang diadakan untuk menyedarkan penduduk kampung tentang bahayanya Denggi. Pameran ini telah diadakan oleh Pejabat Kesihatan Alor Gajah. Mereka juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah dan berat badan unggul (BMI). Pameran ini berjaya menarik minat pengnjung terutamanya golongan dewasa.

Orang ramai melakukan pemeriksaan

Pelbagai aktiviti juga telah diadakan. Saya akan ceritakan untuk post yang seterusnya. Saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semuayang terlibat dalam menjayakan Majlis Perasmian Perpustakaan Desa Kg. Lubok Redan. Wassalam.

12 Oktober 2009

Gali-gali Kata

Kali ni PD Kg. Lubok Redan mengadakan pertandingan Gali-gali kata. Pertandingan ni terbuka kepada pelajar tahap 2 iaitu dr darjah 4 sampai 6. Peserta adalah seramai 11 orang. Aktiviti ni dapat menguji minda peserta sebab mereka perlu berfikir sikit:-). Mereka perlu membina perkataan dengan huruf-huruf yang disediakan. Nampaknya ada yang berjaya membina sehingga 40 perkataan. Bagus2..heheh
Tarikh:
12 Oktober 2009
Masa:
3.00 petang
Objektif:
Meningkatkan daya pemikiran peserta dan menguji minda kanak-kanak
ni masa nk mula pertandingan
pikir2..jawab sampai siap..
Gaya seorang Juara..huhu
ni para pemenang n pemenang saguhati

ha...ni la perkataan yang dibina oleh pemenang..

11 Oktober 2009

Topeng Rama-rama

Baru-baru ni PD Lubok Redan telah mengadakan aktiviti kraf kanak-kanak. Aktiviti ni simple dan senang je iaitu buat topeng. topeng tu bentuk rama-rama. Kanak-kanak cume kene kalerkan rama-rama tu je cantik-cantik. lepas tu potong. Siap.
Tarikh:
9 Oktober 2009
Tempat:
Perpustakaan Desa Kg. Lubok Redan
Objektif:
Meningkatkan kreativiti Kanak-kanak

Peserta yang bersemangat menyertai aktiviti:-)

da nak siap pon..

kusyuk budak2 ni wat kije..bagus adik2!!

ni dengan hasil kreativiti masing2..

ni topeng2 yang adik2 kita buatkan

04 Oktober 2009

Finger Butterfly

kanak-kanak yang sertai aktiviti
tekap jari tu dik..
masing-masing kusyuk
contoh rama-rama yang da siap tu
haa..ni la rama-rama dorang yang da siap
Baru-baru ni Perpustakaan Desa Kg. Lubok Redan telah mengadakan aktiviti kraf kanak-kanak. ia dinamakan 'Finger Butterfly. Senang je kraf ni. kita bagikan dorang gambar body rama-rama, pastu kanak-kanak kene guna jari dorang untuk buat sayap. dorang kene tekapkan jejari kat kertas, pastu warna cantik2 dan gunting. then, gamkan kt body butterfly tu. pastu siapla rama-rama dorang. aktiviti ni dapat menarik kanak-kanak untuk berkunjung ke perpustakaan desa dan menambah kreativiti dorang.
Tarikh aktiviti:
3/10/2009 (Sabtu)
Tempat:
Perpustakaan Desa Kg. Lubok Redan
Golongan sasaran:
Kanak-kanak