12 Oktober 2009

Gali-gali Kata

Kali ni PD Kg. Lubok Redan mengadakan pertandingan Gali-gali kata. Pertandingan ni terbuka kepada pelajar tahap 2 iaitu dr darjah 4 sampai 6. Peserta adalah seramai 11 orang. Aktiviti ni dapat menguji minda peserta sebab mereka perlu berfikir sikit:-). Mereka perlu membina perkataan dengan huruf-huruf yang disediakan. Nampaknya ada yang berjaya membina sehingga 40 perkataan. Bagus2..heheh
Tarikh:
12 Oktober 2009
Masa:
3.00 petang
Objektif:
Meningkatkan daya pemikiran peserta dan menguji minda kanak-kanak
ni masa nk mula pertandingan
pikir2..jawab sampai siap..
Gaya seorang Juara..huhu
ni para pemenang n pemenang saguhati

ha...ni la perkataan yang dibina oleh pemenang..

11 Oktober 2009

Topeng Rama-rama

Baru-baru ni PD Lubok Redan telah mengadakan aktiviti kraf kanak-kanak. Aktiviti ni simple dan senang je iaitu buat topeng. topeng tu bentuk rama-rama. Kanak-kanak cume kene kalerkan rama-rama tu je cantik-cantik. lepas tu potong. Siap.
Tarikh:
9 Oktober 2009
Tempat:
Perpustakaan Desa Kg. Lubok Redan
Objektif:
Meningkatkan kreativiti Kanak-kanak

Peserta yang bersemangat menyertai aktiviti:-)

da nak siap pon..

kusyuk budak2 ni wat kije..bagus adik2!!

ni dengan hasil kreativiti masing2..

ni topeng2 yang adik2 kita buatkan

04 Oktober 2009

Finger Butterfly

kanak-kanak yang sertai aktiviti
tekap jari tu dik..
masing-masing kusyuk
contoh rama-rama yang da siap tu
haa..ni la rama-rama dorang yang da siap
Baru-baru ni Perpustakaan Desa Kg. Lubok Redan telah mengadakan aktiviti kraf kanak-kanak. ia dinamakan 'Finger Butterfly. Senang je kraf ni. kita bagikan dorang gambar body rama-rama, pastu kanak-kanak kene guna jari dorang untuk buat sayap. dorang kene tekapkan jejari kat kertas, pastu warna cantik2 dan gunting. then, gamkan kt body butterfly tu. pastu siapla rama-rama dorang. aktiviti ni dapat menarik kanak-kanak untuk berkunjung ke perpustakaan desa dan menambah kreativiti dorang.
Tarikh aktiviti:
3/10/2009 (Sabtu)
Tempat:
Perpustakaan Desa Kg. Lubok Redan
Golongan sasaran:
Kanak-kanak

10 September 2009

'Bunny and Chick Stick Puppet'

Kanak-kanak dengan hasil kraf yang da siap Tekun mewarna dulu!
Ramai yang menyertai aktivti..
Aktiviti ni dapat tarik minat kanak-kanak berkunjung ke perpustakaan
Aktiviti terbuka kepada kanak-kanak. buat stick puppet. senang je..cume print out template gambar bunny & chick..pastu suruh budak-budak warnakan dan gunting. kalau nk cantik, yang stick tu guna batang aiskrim, tp susah nk kumpul, kita bagi straw je kat budak-budak. bila dorang siap warna dan gunting, boleh la tampal je straw kat belakang. so, siapla 'Bunny & Chick Stick Puppet'.
Tarikh aktiviti:
15 Ogos 2009
Masa:
10.00 -10.45 pagi
Objektif:
Meningkatkan kreativiti kanak-kanak

Membuat Jalur Gemilang

Ha..ni la bendera yang dah siap dibuat..
Tekun masa buat bendera..
Aktiviti sebegini pun dapat memupuk semangat kerjasama..
Sempena menyambut bulan kemerdekaan, satu aktiviti membuat bendera Malaysia telah diadakan di sini. Sambutan agak menggalakkan. Terutamanya kanak-kanak dan belia. Tak kira lelaki atau perempuan. Golongan dewasa pun ada juga yang berminat. ini amat bagus..menunjukkan masyarakat kita ni masih lagi ada semangat kemerdekaan!!
Tarikh aktiviti:
14 Ogos 2009
Masa:
2.45 hingga 5.00 petang.
Objektif:
Mewujudkan semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat

07 September 2009

KUIZ MINDA MERDEKA

Perpustakaan Desa Kg. Lubok Redan telah mengadakan satu pertandingan kuiz minda merdeka. Pertandingan ini dibuka kepada golongan belia Kg. Lubok Redan dan penduduk sekitarnya. Ia bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan generasi muda tentang sejarah kemerdekaan Negara serta pengetahuan am tentang Negara kita Malaysia.
Tarikh aktiviti:
30 Ogos 2009
Masa:
10.00 pagi
Golongan Sasaran:
Belia
Objektif:
Menyedarkan masyarakat setempat khususnya golongan belia tentang sejarah kemerdekaan Negara Malaysia. Meningkatkan pengetahuan mereka tentang perkara-perkara umum tentang Malaysia.

PERTANDINGAN MELUKIS LOGO 'SATU MALAYSIA'

Konsep ‘Satu Malaysia’ merupakan satu konsep yang telah diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Satu Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Seharusnya setiap lapisan masyarakat perlu memahami dan mengetahui konsep tersebut. Sempena bulan kemerdekaan ini, Perpustakaan desa Kg. Lubok Redan berusaha ke arah itu dengan mengadakan pertandingan melukis logo ‘Satu Malaysia’. Secara tidak langsung ia dapat mendedahkan kepada peserta tentang konsep ‘Satu Malaysia.
Tarikh Aktiviti:
30 Ogos 2009
Masa:
9.00 pagi
Golongan Sasaran:
Kanak-kanak tahap 2
Objektif:
Memperkenalkan dan menghebahkan konsep satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terutamanya di kalangan muda mudi masa kini.

PERTANDINGAN KOLAJ BUNGA RAYA

~ kanak-kanak tekun semasa pertandingan~
Perpustakaan Desa PNM Kg. Lubok Redan telah mengadakan pertandingan membuat kolaj bunga raya. ia juga bersempena bulan kemerdekaan. Pertandingan ni simple je. Staf perpustakaan sediakan template bunga raya dgn kertas warna merah, then budak-budak kena carik-carikkan atau gunting dan tampal kt template bunga raya tadi.
Tarikh aktiviti:
30 Ogos 2009
Masa: 9.00 pagi
Golongan Sasaran:
Kanak-kanak (7-9 tahun)
Objektif:
Mendedahkan dan memperkenalkan bunga Raya sebagai bunga kebangsaan Malaysia.

PERTANDINGAN MEWARNA BENDERA MALAYSIA

Sempena bulan Kemerdekaan, Perpustakaan Desa PNM Kg. Lubok Redan, Masjid Tanah, Melaka telah mengadakan pertandingan mewarna bendera Malaysia.
Tarikh aktiviti:
30 Ogos 2009 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Golongan sasaran :
Kanak-kanak berumur 5 & 6 tahun
Objektif :
Mendedahkan dan memperkenalkan ciri-ciri bendera Malaysia sebagai lambang kemerdekaan kepada kanak-kanak pada peringkat usia mereka yang masih muda.