07 September 2009

PERTANDINGAN MELUKIS LOGO 'SATU MALAYSIA'

Konsep ‘Satu Malaysia’ merupakan satu konsep yang telah diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Satu Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Seharusnya setiap lapisan masyarakat perlu memahami dan mengetahui konsep tersebut. Sempena bulan kemerdekaan ini, Perpustakaan desa Kg. Lubok Redan berusaha ke arah itu dengan mengadakan pertandingan melukis logo ‘Satu Malaysia’. Secara tidak langsung ia dapat mendedahkan kepada peserta tentang konsep ‘Satu Malaysia.
Tarikh Aktiviti:
30 Ogos 2009
Masa:
9.00 pagi
Golongan Sasaran:
Kanak-kanak tahap 2
Objektif:
Memperkenalkan dan menghebahkan konsep satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terutamanya di kalangan muda mudi masa kini.

0 ulasan: