24 September 2010

Majlis Perasmian Perpustakaan Desa Kg. Lubok Redan

Majlis perasmian PD Kg. Lubok Redan merupakan satu program yang dianjurkan oleh PD Kg. Lubok Redan dengan kerjasama JKKK Kg. Lubok Redan, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Perpustam) dalam usaha untuk memperkenalkan perpustakaan desa kepada masyarakat setempat. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 21 Mac 2010 yang lalu.

YB Datuk Wira Abu Seman bin Yusop menandatangani plak perasmian

Penduduk setempat dan kampung-kampung sekitar dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Jemputan yang lain terdiri daripada YB Datuk Kapt (b) Hj. Abdul Karim bin Sulaiman (ADUN Tg. Bidara), En. Muhammed Aizammuddy bin Muhammed Idris (Pengarah PERPUSTAM), En. Azmi bin Aziz (Pen. Pengarah, BRP, PNM) , Dr. Ismail bin Jantan (Pengerusi JKKK Kg. Lubok Redan.

Barisan tetamu kehormat

YB Datuk Wira menyampaikan ucapan perasmian

Hadirin yang memeriahkan majlis

YB Datuk Wira Abu Seman juga dijemput melawat ke dalam Perpustakaan Desa Kg. Lubok Redan supaya beliau dapat melihat sendiri koleksi bahan serta perkhidmatan yang disediakan.

YB menandatangani buku pelawat PD Kg. Lubok Redan

Sesi Lawatan di dalam perpustakaan

PAMERAN PERPUSTAKAAN

Sebagai pengisian kepada Majlis Perasmian, pihak perpustakaan juga telah mengadakan pameran keilmuan yang berasaskan Sains. Beberapa aktiviti keilmuan juga diadakan seperti Word Search Puzzle, Mencari Perkataan, Bina Kata dan Kuiz Sains. Keahlian baru juga dibuka kepada pengunjung yang berminat menjadi ahli perpstakaan desa.

Kanak-kanak menyertai aktiviti keilmuan

PAMERAN KESIHATAN
Pameran kesihatan juga telah diadakan. pameran yang diadakan untuk menyedarkan penduduk kampung tentang bahayanya Denggi. Pameran ini telah diadakan oleh Pejabat Kesihatan Alor Gajah. Mereka juga menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah dan berat badan unggul (BMI). Pameran ini berjaya menarik minat pengnjung terutamanya golongan dewasa.

Orang ramai melakukan pemeriksaan

Pelbagai aktiviti juga telah diadakan. Saya akan ceritakan untuk post yang seterusnya. Saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semuayang terlibat dalam menjayakan Majlis Perasmian Perpustakaan Desa Kg. Lubok Redan. Wassalam.

0 ulasan: